KEMUDAHAN

1. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

INPENS menyediakan pelbagai kemudahan seperti dewan/bilik kuliah, makmal komputer, makmal PLC, makmal elektronik, Wiring Bay, bengkel automotif, bengkel motosikal, bengkel penyamanan udara, bengkel kecantikan, dapur kulinari & pastri.

2. SURAU AS-SALAM

Surau ini boleh memuatkan seramai 400 jemaah pada satu-satu masa dengan keluasan 3,000 kaki2

3. KEMUDAHAN SUKAN

Kemudahan Sukan INPENS terdiri daripada padang bola, gelanggang futsal, gelanggang bola jaring, gelanggang bola tampar, gelanggang sepak takraw dan gelanggang basketball.

4. AUDITORIUM

Auditorium ini boleh memuatkan 500 orang pada satu-satu masa. Auditorium ini digunakan untuk majlis-majlis rasmi Kolej.

5. MINI AUDITORIUM

Mini Auditorium ini boleh memuatkan 60 orang pada satu-satu masa.

6. BILIK KORPORAT

Bilik Korporat ini boleh memuatkan 50 orang pada satu-satu masa.

7. PUSAT SUMBER

Sehingga akhir tahun 2016, jumlah koleksi bahan di perpustakaan ialah sebanyak 1,000 judul bahan bercetak. Koleksi ini merangkumi bahan rujukan berkaitan bidang-bidang teknikal seperti automotif, elektrikal, elektronik, kecantikan, mekanikal, pembuatan dan ICT. Terdapat juga koleksi bidang saintifik seperti fizik, kimia, matematik serta bacaan umum.
:: Klik untuk Galeri Gambar ::

Pautan Luar >> Perpustakaan Digital - Perpustakaan Negara Malaysia

8. PORTAL E-LEARN

Portal E-Learn merupakan portal untuk pengajar dan pelajar berkongsi bahan pengajaran dan pembelajaran disamping sebagai medium interaksi dua hala antara pengajar dan pelajar bagi sebarang permasalahan mahupun pertanyaan antara pelajar dengan pengajar.

>> Portal E-Learn - Perkngsian Fail Dalam Talian INPENS

9. KAFETARIA

Kafeteria INPENS menyediakan pelbagai pilihan makanan yang pelbagai untuk semua warga kampus. Terdapat 3 kafeteria yang disediakan kepada para pelajar dan salah satu daripadanya untuk para staf INPENS dan pelawat.

10. KEMUDAHAN ASRAMA

INPENS menyediakan kemudahan penginapan di dalam kampus kepada pelajar-pelajarnya. Terdapat asrama yang berlainan untuk pelajar lelaki dan perempuan. Pelajar lelaki adalah dilarang untuk memasuki asrama perempuan, dan begitu juga sebaliknya. Setiap asrama dilengkapi dengan perabot dan dipantau oleh staf dan pengawal keselamatan.