PEMBIAYAAN PENDIDIKAN

Pembiayaan pendidikan ialah bantuan yang dihulurkan kepada pelajar untuk membayar yuran Kolej yang terdiri daripada dua (2) jenis iaitu:

• BIASISWA PENDIDIKAN

Biasiswa ini diberikan kepada pelajar oleh Badan Kerajaan dan juga swasta untuk membayar yuran pengajian tanpa perlu membayarnya semula kepada organisasi tersebut.

 

1. LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN DI BAWAH ASNAF FAKIR/MISKIN/MUALLAF LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

  1. Permohonan adalah terdiri daripada anak-anak asnaf Fakir/Miskin/Muallaf tahun semasa Lembaga Zakat Selangor.
  2. Melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS yang menjadi panel Lembaga Zakat Selangor Sahaja.
  3. Pendaftaran secara online
  4. Surat kelulusan bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi.
  5. Beragama Islam.
  6. Warganegara Malaysia/Pemastautin tetap (PR)
  7. Lahir dan menetap di negeri Selangor bermastautin dan masih menetap di negeri Selangor tidak kurang tiga (3) tahun (tidak tertakluk kepada asnaf Ibmu Sabil)
  8. Senarai kursus yang di taja adalah:
    • Semua kursus yang ditawarkan di INPENS

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.zakatselangor.com.my/

 

2. INISIATIF KEMAHIRAN TEKNIKAL DAN IKHTISAS SMART SELANGOR (IKTISASS)

SYARAT PERMOHONAN PROGRAM IKTISASS

  1. Pemohon dan ibu bapa adalah Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
    1. Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau 
    2. Pemohon, Ibu atau Bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor
    3. Pemohon telah bemastautin di Negeri Selangor 11 tahun dan ke atas.

  3. Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) LULUS 5 mata pelajaran lulus termasuk Bahasa Melayu & Sejarah.
  4. Berminat dan bersedia untuk menamatkan pengajian di dalam bidang kemahiran teknikal.
  5. Pendapatan keluarga (isi rumah) tidak melebihi daripada RM5,000.00 sebulan.
  6. Senarai kursus yang di taja adalah:
    • Semua kursus yang ditawarkan di INPENS

 

• PINJAMAN PENDIDIKAN

Penerima pinjaman pendidikan ini perlu membayar jumlah pinjaman sebagaimana syarat yang dikenakan.

 

1. PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN KEMAHIRAN (PTPK)


SYARAT PERMOHONAN PINJAMAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN KEMAHIRAN (PTPK)

SYARAT-SYARAT PEMOHON 

  1. Warganegara Malaysia yang berumur 15 hingga 45 tahun
  2. Mengikuti program latihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sepenuh masa yang diluluskan oleh Perbadanan.
  3. Telah disahkan berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
  4. Berasal dari keluarga yang berpendapatan tidak melebihi RM5,000.00 sebulan.
  5. Tidak mendapat bantuan kewangan penuh daripada mana-mana agensi kerajaan yang lain.
  6. Senarai kursus yang di tawarkan adalah:
    • Semua kursus yang ditawarkan di INPENS

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.ptpk.gov.my/