BERITA


HAKIM TUAI PINGAT PERAK DI SUKMA XIX 2018 PERAK

(24/09/2018)

Seorang pelajar INPENS, Muhammad Hakim bin Hamzah berjaya meraih Pingat Perak dalam sukan Petanque di SUKMA XIX 2018 yang diadakan di Negeri Perak baru-baru ini. Hakim yang berusia 20 tahun mewakili Negeri Sembilan dalam acara Petanque individu dan merupakan pelajar Kursus Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik di INPENS. Penyertaan beliau kali ini juga merupakan penyertaan kali kedua beliau selepas SUKMA 2016 di Sarawak. Ketika di Sarawak, Hakim telah berjaya menggondol satu pingat perak (kategori triple) dan satu pingat gangsa (kategori grouping). Hakim yang ditemui juga berazam untuk melakukan yang terbaik di dalam pertandingan selepas ini selain bertekad menamatkan pengajian beliau di INPENS dengan jayanya. INPENS mengucapkan syabas kepada Muhammad Hakim bin Hamzah!

#CemerlangBersamaINPENS
#SUKMAXIX2018