BERITA


INPENS MENEKUNI KEMAHIRAN PENDIDIKAN KHAS

(25/09/2018)

25 September 2018 – INPENS berbesar hati diberikan peluang dalam menjayakan Karnival Kemahiran Pendidikan Khas Peringkat Kuala Selangor sebagai penyedia lokasi pertandingan. Karnival ini bakal menghimpunkan lebih 300 orang pengunjung yang melibatkan kira-kira 5 buah sekolah di sekitar Daerah Kuala Selangor.

Selain berperanan sebagai penyedia lokasi, INPENS juga turut diberikan peluang menjadi juri kepada beberapa pertandingan yang berkaitan dengan bidang kemahiran di INPENS. Sekali gus, memberikan peluang kepada INPENS untuk menekuni keperluan pelajar-pelajar pendidikan khas yang mengikuti bidang kemahiran di sekolah mereka. Dalam karnival tersebut, berbagai acara yang dipertandingkan seperti gubahan sireh junjung, gubahan tuala, hiasan cupcake, masakan tempoyak ikan patin, ketukangan kayu tepak sireh, dekorasi pulut kuning, solekan puteri diraja dan kostum, dekorasi kek, pramusaji meja makan VIP, house keeping - hiasan bilik VIP dan tengkolok diraja. Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada pelajar pendidikan khas telah menyertai pertandingan-pertandingan yang dijalankan.

#CemerlangBersamaINPENS