BERITA


TAHNIAH! INPENS KEKALKAN KEJUARAAN PERBARISAN KEMERDEKAAN!

(30/08/2017)

Tahun ini INPENS sekali lagi mengulangi kejayaan menjadi Johan di dalam Perbarisan Kemerdekaan Peringkat Negeri Selangor (Kategori Swasta/GLC) yang diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Pasukan berkenaan telah dipimpin oleh Kapten (PA) Mohd Rusman Hussin yang juga Eksekutif Hal Ehwal Pelajar (HEP) INPENS. Pasukan perbarisan INPENS berjaya menggondol hadiah wang tunai berjumlah RM2,000 sebagai hadiah selaku johan pertandingan berkenaan. Kapten (PA) Rusman yang ditemui berkata, beliau amat bangga akan pencapaian pelajar yang terlibat kerana komitmen yang diberikan tidak berbelah bahagi. Pelajar-pelajar juga gigih berlatih dua kali sehari untuk memastikan gerakan kawad yang dihasilkan seragam dan seirama. Pada tahun ini, pasukan INPENS segak berbusana tradisional Baju Melayu berwarna merah bagi melambangkan semangat pahlawan di dalam jiwa masing-masing. Kapten (PA) Rusman turut berkata, beliau akan terus membimbing pasukan kawad INPENS bagi mengekalkan kejuaraan dalam pada pertandingan sama pada tahun-tahun seterusnya.