BERITA


INPENS & BORGWARD CARI PELUANG BERKOLABORASI

(10/07/2019)

INPENS sekali lagi mengorak langkah mencari peluang berkolaborasi dengan industri bagi memantapkan lagi mutu dan kualiti pembelajaran di dalam bidang kemahiran Automotif. Program 'Train The Trainer' bersama syarikat Borgward adalah satu usahasama bagi penempatan pekerjaan dalam bidang Automotif disamping salah satu peluang terbaru mobile servis. Ia juga membuka ruang kepada tenaga pengajar Ambilan Kumpulan Pertama untuk mengajar Servis Selepas Jualan bagi kederaan kereta-kereta Borgward.