BERITA


SEKITAR HARI PERTANDINGAN ANUGERAH INOVASI NEGERI SELANGOR (AINS)

(11/07/2019)

Hari ini, sebanyak 4 kumpulan pelajar dari Sektor Teknologi Maklumat dan 1 kumpulan pelajar dari Sektor Teknologi Elektronik telah mewakili INPENS untuk menyertai Pertandingan Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) 2019 di Stadium Tertutup Kuala Selangor untuk menjana belia berfikiran tinggi dan kreatif.

Seramai 12 orang pelajar tahap 3 dan tahap 4 di bawah seliaan tenaga pengajar En. Faizul, En. Faisal dan En. Sabri telah menghasilkan 5 produk inovasi seperti Alat Pengesan Kabel Rangkaian, Sistem Pendaftaran Pelajar, E-learn, Sistem Tempahan Asrama, Smartbin yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat.