BERITA


PERLAKSANAAN SEMULA AKTIVITI AKADEMIK SECARA BERSEMUKA DAN PEPERIKSAAN AKHIR

(26/06/2020)

Adalah dimaklumkan bahawa para pelajar perlu hadir semula ke Kampus INPENS bagi menjalani baki latihan secara bersemuka mulai Rabu, 1 Julai 2020.

Sehubungan dengan itu, perlaksanaan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) serta peperiksaan akhir akan di jalankan secara berperingkat dan harus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan dan mengutamakan langkah keselamatan serta penjarakan sosial.

Sila rujuk Ketua Sektor/Pegawai Penilai masing-masing berkenaan dengan jadual akademik yang telah dirancang.

Para pelajar adalah digalakkan untuk:

  1. Sentiasa menjaga kebersihan diri
  2. Sentiasa memakai pelitup muka
  3. Membawa sejadah sendiri (bagi pelajar muslim)
  4. Membawa bekal makanan dari rumah (bagi pelajar luar asrama)
  5. Bawa barang keperluan sendiri dan elak perkongsian

Berikut adalah GARIS PANDUAN yang perlu di ikuti di sepanjang aktiviti PdP dan juga asrama:

  1. GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PEGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) DI INPENS INTERNATIONAL COLLEGE

  2. GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA ASRAMA INPENS INTERNATIONAL COLLEGE


>>Sila klik DI SINI bagi melihat persiapan rapi bagi mematuhi SOP yang telah ditetapkan.