BERITA


INPENS TERIMA KUNJUNGAN KNX SKILLS DEVELOPMENT CENTRE SDN BHD

(23/07/2020)

INPENS telah menerima kunjungan dari KNX Skills Development Centre Sdn. Bhd. iaitu peneraju dalam sistem Automasi Smarthome & Green Building. Kunjungan ini adalah sebagai langkah awal bagi mencari peluang kerjasama untuk memantapkan lagi mutu dan kualiti pembelajaran di dalam bidang kemahiran Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik. Turut hadir adalah Pengarah dari KNX Skills Development Sdn. Bhd. iaitu En. Pang Wah Siew yang juga merupakan hakim & trainer bagi pertandingan Worldskills. Diharapkan segala perkongsian ilmu sewaktu kunjungan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi meningkatkan kualiti pembelajaran serta peluang kepada para pelajar INPENS untuk melangkah lebih jauh di masa akan datang.