BERITA


PUSAT LATIHAN AUTOMOTIF INPENS BERTARAF INDUSTRI

(22/11/2017)

Dalam usaha menjadikan kursus automotif sebagai bidang utamanya, INPENS kini giat membangunkan sebuah Pusat Latihan Automotif yang bukan sahaja berwajah futuristik tetapi bertaraf industri,
 
INPENS yang telah mendapat bimbingan pelopor industri automobil terkemuka negara membangunkan pusat ini bagi memastikan graduan automotif INPENS mampu memenuhi kehendak industri usai pengajian kelak. Setiap satu komponen kenderaan dan cara ia berfungsi boleh dipelajari melalui Pusat Latihan ini. Pelajar bukan sahaja berpeluang melihat perincian enjin, sistem brek, sistem elektronik kereta malahan pelbagai ilmu lagi boleh diperolehi dengan menyertai kursus automotif di INPENS.
 
Anda ingin mempelajari kursus automotif?
INPENS adalah jawapannya!!!
 
#CemerlangBersamaINPENS
#KemahiranUntukSemua