BERITA


SEKTOR KEJURUTERAAN ELEKTRIK INPENS KINI LEBIH KOMPREHENSIF

(23/11/2017)

INPENS kini komited menjadikan bidang kejuruteraan elektrik yang dijalankannya lebih komprehensif dan kompetitif seiring dengan keperluan masyarakat.
 
Pada masa ini, INPENS menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3 untuk Kursus Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik. Selain itu Kursus PW2 dan PW4 turut ditawarkan di dalam mod sepenuh masa dan separuh masa.
 
Selain bay elektrik bertingkat dengan kapasiti sebanyak 70 unit, pelbagai peralatan pembelajaran dan modul baharu turut diperkenalkan seperti pemasangan lampu jalan dan overhead line, sistem penggera kebakaran, motor control, protection device dan 2 unit rumah contoh (kayu dan batu). Stor peralatan dengan kaedah keluar-masuk lebih sistematik turut diperkenalkan dan loker pelajar turut disediakan. 
 
 
Anda berminat mempelajari bidang elektrik?
Jom belajar di INPENS!
 
#CemerlangBersamaINPENS
#KemahiranUntukSemua