BERITA


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1439H

(07/12/2017)

Hari ini seramai 400 kakitangan serta pelajar INPENS telah menyertai perarakan bersempena Sambutan Maulidur Rasul 1439H yang telah disambut pada 1 Disember lalu.

Encik Rusman Hussin yang juga Eksekutif Hal Ehwal Pelajar berkata, perarakan itu bermula jam 8.30 pagi dengan lapan penyertaan kontinjen terdiri daripada Sektor Teknologi Automotif, Sektor Kejuruteraan Elektrik, Sektor Teknologi Penyamanan Udara, Sektor Teknologi Motosikal, Sektor Teknologi Maklumat & Sektor Teknologi Elektronik, Sektor Rekaan Rambut & Kecantikan, Sektor Tekstil & Pakaian dan Sektor Kulinari & Pastri.

“Perarakan bermula dari Auditorium INPENS hingga ke Surau As-Salam”.

“Pada masa sama, satu forum khas turut diadakan dengan tajuk Akhlak Rasulullah yang menjemput Ustaz Rusli Ibrahim dan Ustaz Yusri Karim sebagai panel forum” ujar beliau lagi.

Turut diadakan majlis penyampaian hadiah bagi kategori Sepanduk Tercantik dan Perbarisan Terbaik sempena program perarakan Maulidur Rasul tersebut.

Bagi kategori Sepanduk Tercantik dimenangi Sektor Teknologi Maklumat & Sektor Teknologi Elektronik.

Manakala bagi kategori Perbarisan pula dimenangi oleh Sektor Tekstil & Pakaian sebagai johan manakala Sektor Rekaan Rambut & Kecantikan di tempat kedua. Sektor Teknologi Maklumat & Sektor Teknologi Elektronik pula merangkul tempat ketiga.