BERITA


PERJUMPAAN KAKITANGAN BERSAMA KETUA EKSEKUTIF

(21/12/2017)

Hari ini Ketua Eksekutif INPENS, Tuan Ahmad Zabri Mohd Yaman telah mengadakan sesi perjumpaan bersama kakitangan bagi menggulung hal berkaitan prestasi tahunan INPENS pada 2017.

Beliau dalam ucapannya telah memaklumkan berkaitan statistik kemasukan pelajar pada 2017, jumlah pendapatan tahunan dan perkembangan proses transformasi yang giat dijalankan.

Tuan Ahmad Zabri merumuskan INPENS perlu bekerja lebih keras dalam menghebahkan peluang mengikuti pengajian di INPENS. Segala prasarana yang ditambah baik adalah bertujuan membuktikan INPENS mahu menjadi yang terbaik dalam memperkasakan TVET di Negeri Selangor.

Sebagai mengakhiri ucapan, beliau turut mengumumkan bonus sebulan gaji kepada kakitangan yang akan dibayar pada 26 Disember ini. Pembayaran ini adalah hasil daripada produktiviti yang membanggakan selain membantu kos persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi.

#CemerlangBersamaINPENS