BERITA


PERHIMPUNAN BULANAN KAKITANGAN BIL. 01/2018

(13/02/2018)

hari ini semua kakitangan INPENS telah berhimpun bagi mendengar amanat daripada Tuan Ahmad Zabri bin Mohd Yaman, Ketua Eksekutif INPENS.

Selain itu, turut diadakan penyampaian sijil kepada kakitangan yang telah menghadiri Kursus CUDBAS dan Kursus Transformasi Profesionalisme.

Tuan Ahmad Zabri dalam pada itu memberikan penghargaan kepada kakitangan di atas kejayaan sesi pendaftaran pada pelajar baharu sesi Januari lalu.

Beliau dalam pada itu mengingatkan kakitangan untuk meningkatkan kualiti kerja dan pengurusan masa bagi memastikan reputasi INPENS kekal cemerlang.

Mengakhiri ucapan, beliau meminta semua warga INPENS untuk bekerjasama memastikan kemudahan yang ada dapat dijaga dan dipelihara dengan baik.

Turut diperkenalkan, sistem e-leave iaitu satu aplikasi yang digunapakai bagi kakitangan memohon cuti secara atas talian. Taklimat e-leave telah disampaikan Puan Noridah Ismail, Eksekutif Sumber Manusia INPENS.

#CemerlangBersamaINPENS