BERITA


PROGRAM KERJASAMA INDUSTRI INPENS & TS ELECTRICAL MARKETING SDN BHD (TSEM)

(29/06/2018)

Hari ini diadakan satu sesi taklimat berkaitan peluang kerjaya di TSEM kepada pelajar-pelajar kursus elektrik di INPENS khususnya kepada pelajar kursus PW4. Encik Nathan yang mewakili TSEM dalam taklimatnya berkata syarikat yang ditubuhkan sejak 1991 ini menjalankan perkhidmatan pemasangan dan penyelenggaraan papan-papan suis elektrik.

Turut diadakan sesi temuduga terbuka kepada pelajar-pelajar kursus elektrik dan elektronik INPENS bagi mengisi kekosongan jawatan juruteknik. TSEM juga merupakan sebuah syarikat tempatan yang diperakui badan dan agensi seperti Suruhanjaya Tenaga, SIRIM dan JKR.

#CemerlangBersamaINPENS