PENGUMUMAN


PENANGGUHAN AKTIVITI AKADEMIK AKIBAT COVID-19

(17/03/2020)

Sehubungan dengan pengumuman YAB Perdana Menteri berkaitan perintah kawalan pergerakan akibat penyakit Covid-19 yang semakin menular, pihak pengurusan INPENS bersetuju untuk menangguhkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bermula daripada 17 Mac 2020 jam 1.00 tengahari dan pelajar diberi kebenaran bercuti sehingga 9 Jun 2020 (Selasa).

Namun begitu, pihak pengurusan akan memberi maklumat terkini jika terdapat perubahan tarikh kembali ke kolej. Semua pelajar dikehendaki sentiasa peka dengan perkembangan semasa yang akan dimaklumkan melalui kumpulan WhatsApp pelajar atau media sosial rasmi INPENS.

Mohon semua pelajar INPENS untuk mematuhi ketetapan yang telah digariskan oleh kerajaan dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 dan jangan disalah gunakan perintah kawalan pergerakan ini. Ketua sektor/ tenaga pengajar dimohon untuk memastikan kelas dan bengkel berada di dalam keadaan bersih sebelum membenarkan pelajar pulang.

Sekian.  Terima kasih.

Harap Maklum.